Elon Musk Sasar Manusia Mendarat Di Marikh Menjelang 2029

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk sedia membuat sejumlah sasaran dalam perkembangan sains dan teknologi. Walaupun sejumlah sasaran dan jangkaan tidak dicapai, namun, ia seperti memberikan harapan dan membawa kepada pelbagai perkembangan selari sasaran berkenaan.

Terbaru, Elon Musk membalas Tweet berkaitan sasaran manusia mendarat di Marikh, mengatakan kita mungkin mencapainya pada 2029 kelak.

Sebelum ini, manusia telah mendarat di Bulan pada 1969 yang lepas, dan kini pelbagai syarikat memfokuskan aeroangkasa sedang menyasarkan untuk mendarat di Marikh – selain membuka pelancongan aeroangkasa.

Elon Musk sendiri mempunyai sejumlah perancangan untuk pembentukkan bandar di Marikh – termasuk menggunakan tenaga solar dan pertanian berasaskan hidroponik untuk memudahkan kehidupan di sana.

komen


© Amanz / 2022 Kami