Aplikasi Data Transfer Tool Kelak Boleh Pindahkan Gambar iCloud Terus Ke Google Photos

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google telah pun terbit aplikasi Data Transfer Tool di Play Store. Aplikasi inilah yang membolehkan data WhatsApp iOS dipindahkan ke Android dengan syarat ia adalah peranti baru dan/atau peranti yang baru diformat.

Aplikasi ini turut membantu pengguna menetapkan peranti baru serta memindahkan data iOS atau peranti Android lain ke peranti baru. Kini, Google dilihat sedang bersiap sedia 0untuk membenarkan pengguna turut boleh memindahkan data-data dalam iCloud ke Google Photos.

Sebelum ini hanya data asas seperti kenalan, mesej, aplikasi yang disokong sahaja boleh dilakukan. Tetapi dalam “Data Transfer Tool” versi 1.0.430697386 sudah mempunyai petanda untuk ciri baharu ini. Aplikasi ini turut akan memohon pengguna log masuk ke akaun Apple dan proses pemindahan data ini dikatakan boleh makan masa sehingga satu minggu.

Proses pemindahan data standard seperti melalui WiFi turut disokong dan ada juga petanda untuk pemindahan melalui Google Drive serta menggunakan kabel Lightning.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan ditawarkan kepada semua. Tetapi dengan adanya ciri ini, pemindahan data iOS ke Android akhirnya menjadi lebih mudah.

Sumber: 9to5Google

komen


© Amanz / 2022 Kami