Cari @ Amanz

Mes Que Un Club ialah motto yang digunakan oleh kelab bola sepak terkemuka FC Barcelona. Semalam kelab dari Catalonia ini mengumumkan mereka akan menamakan semula stadium mereka ke Spotify Camp Nou selepas syarikat penstriman muzik terkemuka menjadi penaja utama mereka.

Selain penjenamaan semula nama stadium, Barcelona juga akan meletakkan logo Spotify pada jersi yang dipakai oleh pasukan lelaki, wanita dan kit latihan mereka. Nilai tajaan tidak pula diumumkan tetapi sebagai antara kelab terbesar di dunia ia pastinya tinggi. Spotify pula akan menawarkan ciri dalam aplikasi untuk meningkatkan interaksi antara peminat Barcelona dengan kelab kesayangan mereka.

Hanya sedekad yang lalu Barcelona menolak sebarang bentuk tajaan pada jersi kelab kerana moto Mes Que Un Club (lebih daripada sebuah kelab) mereka. Tetapi selepas mengalami masalah kewangan moto perlu ditolak ketepi demi kelangsungan hidup.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd