Netflix Kini Membenarkan Pengguna Menambah Dan Membayar Untuk Profil Tambahan

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix hanya membenarkan lima profil digunakan pada setiap akaun. Tetapi tidak semua orang memerlukan lima profil dan merasakan seperti ianya membazir. Hari ini Netflix telah mengumumkan ciri baharu yang membenarkan pemegang akaun untuk menambah satu profil tambahan dengan bayaran yang minima.

Menerusi ciri ini, akaun milik teman sepejabat atau ahli keluarga yang duduk di alamat berlainan boleh ditambah dengan mudah. Pengguna Netflix sedia ada juga boleh mengeksport profil yang mereka gunakan sekarang untuk digunakan pada akaun berlainan. Dengan kata lain dua akaun berbeza boleh digabungkan menjadi satu supaya lebih mudah kerana sudah berkahwin misalnya. Kesemua data dari akaun terdahulu lengkap dengan sejarah tontonan boleh dikekalkan.

Pada waktu ini ciri baharu ini hanya diberikan kepada pengguna di Chile, Costa Rica dan Peru sahaja dengan penambahan bayaran sekitar RM12 untuk tambahan 2 profil baharu.

komen


© Amanz / 2022 Kami