d-Kocek Ialah Sebuah Lagi Aplikasi Dompet Digital Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penggunaan dompet digital meningkat naik di Malaysia semasa pandemik kerana kini ingin mengurangkan sentuhan ketika melakukan transaksi pembayaran. Semalam d-Kocek telahpun dilancarkan bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan pembayaran secara nirtunai di Malaysia.

d-Kocek dilancarkan oleh Paradiselinx sebagai satu inisiatif ke arah mendidik rakyat Malaysia dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi kewangan terkini melalui program komunitinya. Ini selari dengan matlamat kerajaan Malaysia menuju ke arah pembentukan komuniti digital
dan tanpa tunai.

Dompet digital ini dikuasakan oleh Fass Payment Solutions (“Fasspay”), ia dibina sesuai dengan keperluan komuniti yang memerlukan variasi kaedah pembayaran semasa menjalankan transaksi jual beli. Dengan memanfaatkan keupayaan Fasspay, d-Kocek boleh dihubungkan dengan kad prabayar VISA.
Antara pembayaran yang disokong oleh d-Kocek ialah pembayaran bil utiliti, tambah nilai prabayar telefon, berbelanja secara atas talian dan pelbagai lagi. Paparan rekod perbelanjaan dan pembayaran turut dapat disemak secara atas talian dengan masa sebenar. Aplikasi d-Kocek boleh dimuat turun secara Google Play Store dan Apple App Store sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami