Mozilla Membuang Pilihan Enjin Carian Yandex Dan Mail.ru Daripada Firefox

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mozilla kini telah mengemaskini Firefox melalui versi 98.0.1, sekaligus membuang enjin carian dan perkhidmatan dari Rusia, iaitu Yandex dan juga Mail.ru.

Sebelum ini, pilihan tetapan berkenaan tersedia pada Firefox secara terbina, tetapi melalui Firefox 98.0.1 pilihan berkenaan telah dibuang. Langkah ini dilihat diambil oleh Mozilla disebabkan oleh situasi yang melibatkan Rusia dan Ukraine. Beberapa syarikat teknologi turut telah mengambil langkah mengehadkan penawaran perkhidmatan di Rusia sebelum ini.

Dengan perubahan ini, pengguna yang menetapkan enjin carian Yandex atau menggunakan Mail.ru pada Firefox, perubahan akan dilakukan secara automatik kepada perkhidmatan enjin carian lain yang hadir terbina – kebiasaannya, Google.

komen


© Amanz / 2022 Kami