Cari @ Amanz

Surface Hub 2 Smart Camera telah dilancarkan oleh Microsoft pagi ini sebagai kamera web pintar dengan kencerdasan buatan. Kamera web yang menyasarkan penggunaan di pejabat ini hadir dengan sensor 12MP yang dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar 136-darjah serta cip pemproses dengan kuasa 1 Teraflop.

Dengan sistem kecerdasan buatan terbina, Surface Hub 2 Smart Camera boleh menjejak pergerakan subjek secara automatik dan memastikan mikrofon turut memberikan tumpuan kepada individu yang sedang bercakap. Ini diharap akan memudahkan lagi mesyuarat yang dilakukan secara atas talian.

Surface Hub 2 Smart Camera telah mula dijual pada harga $800 (~RM3350) dengan ia bersambung menggunakan magnet ke sebuah Microsoft Surface Hub 2 dan menerusi port USB-C.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd