Starlink Kini Mempunyai Kelajuan Lebih 100Mbps Dengan Masa Pendam 40ms

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Starlink adalah perkhidmatan Internet satelit daripada SpaceX, iaitu syarikat milik Elon Musk. Perkhidmatan mereka dikatakan boleh mencapai kelajuan daripada 150Mbps ke 500Mbps dengan harga bulanan mencapai lebih RM2000. Kelajuan Internet Starlink ini akan menjadi semakin laju jika semakin banyak satelit ditambah di angkasa.

Terkini Ookla melaporkan yang Starlink sudah boleh mencapai lebih daripada 100Mbps untuk muat turun, iaitu purata 104.97Mbps dan muat naik mencapai 12Mbps. Ia adalah lebih pantas daripada penyedia internet satelit lain di Amerika Syarikat yang hanya menerima jumlah muat turun 20.92Mbps-21.81Mbps dengan muat naik 2-3Mbps.

Penyedia lain juga mempunyai masa pendam yang tinggi iaitu mencapai lebih 600ms, manakala Starlink antarta paling rendah pada sekitar 40ms sahaja.

Dengan 40 satelit mereka rosak akibat ribut geomagnetik solar, tidak pasti lagi bila ia akan dikembangkan lagi sehingga boleh mencapai kelajuan yang dijanjikan. Starlink turut merancang untuk menawarkan perkhidmatan internet mereka di Malaysia, di mana laman web mereka sudah pun membenarkan pengguna deposit $99 dan akan tiba sekitar 2023 akan datang.

Malaysia juga tidak asing dengan perkhidmatan internet satelit ini, kerana Measat turut ada melancarkan ConnectMe Now.

Sumber: Ookla

komen


© Amanz / 2022 Kami