Lukisan CAD iPhone 14 Tertiris Menunjukkan Takuk Dikekalkan

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kedengaran ura-ura Apple akan menggantikan takuk pada skrin dengan dwi-lubang kamera bermula dengan siri iPhone 14 tahun ini. Tetapi lukisan CAD yang didakwa adalah untuk iPhone 14 telah tertiris ke laman MySmartPrice memberikan gambaran sebaliknya.

Jelas kelihatan takuk di bahagian hadapan skrin pada lukisan di atas. Pada bahagian belakang rekaan dwi-kamera yang bersilang juga sama seperti pada iPhone 13. Kami laporkan sebelum ini iPhone 14 dijangka mengekalkan penggunaan cip Apple A15 Bionic dan hanya model iPhone 14 Pro sahaja akan menggunakan cip Apple A16.

Mungkin rekaan skrin dwi-lubang baharu akan diberikan kepada model Pro sahaja seperti yang berlaku semasa iPhone X dan iPhone 8 dilancarkan sebelum ini. Beberapa rekaan CAD iPhone yang tertiris awal sejak dua tahun lalu terbukti benar. Mungkinkah tahu ini wajah iPhone baharu akan dibezakan menerusi panel hadapan sahaja? Masa akan menentukan.

komen


© Amanz / 2022 Kami