1More ComfoBuds Mini Dilancarkan Sebagai TWS Paling Kecil Dunia

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TWS adalah set fon telinga nirwayar sebenar. Di pasaran sekarang ada banyak TWS dengan pelbagai bentuk, fungsi unik dan variasi harga menarik. 1More adalah antara pengeluar produk audio yang menawarkan banyak pilihan TWS, produk terkini mereka adalah 1More ComfoBuds Mini.

ComfoBuds memfokuskan kepada TWS yang selesa di telinga pengguna untuk penggunaan jangka masa panjang. Model ‘mini’ mereka ini dikatakan adalah TWS terkecil di dunia.

1More ComfoBuds Mini menggunakan pemacu audio 7mm jenis dinamik, Bluetooth 5.2 dengan tambatan pantas, serta kekal ditala oleh Luca Bignardi yang dikatakan masih boleh menawarkan audio seakan ditala oleh THX seperti produk mercu mereka. Saiz mini ini adalah 17mm x 13mm dan mempunyai berat 3.7g untuk masih memberi keselesaan pengguna tanpa rasa sakit pada telinga.

Codec hanya AAC dan SBC, bateri pula adalah 34mAh pada setiap fon telinga dan 440mAh pada pod pengecas dengan ketahanan 6 jam berterusan atau 24 jam dengan pod pengecas. Sokongan pengecasan pantas melalui USB-C diberikan yang boleh bertahan sehingga 1.5 jam penggunaan dengan 10 minit cas. Pengecasan nirwayar juga disokong pada TWS ini.

Teknologi SoundID 1More turut disertakan bersama beberapa mod pembatalan hingar yang boleh membatalkan hingar sehingga 40db melalui dwi-mikrofon terbina. Harga jualan 1More ComfoBuds Mini ini adalah $99.99 iaitu sekitar RM419.

Sumber: 1More

komen


© Amanz / 2022 Kami