Cari @ Amanz

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif Peranti Siswa pada Belanjawan 2022 lepas, yang membolehkan tablet percuma diberikan kepada para pelajar B40 dalam usaha membantu proses pembelajaran.

Selari dengannya, kini kerajaan mengatakan akan membuka pendaftaran untuk program Peranti Siswa ini pada pertengahan April 2022 ini.

Program ini dijangka akan membantu para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, dan mereka yang mengikuti program-program Diploma, Diploma Lanjutan, dan Ijazah.

Program ini juga dijangka akan diperluaskan untuk meliputi mereka yang bakal memasuki universiti, disamping untuk mereka-mereka yang terkesan disebabkan beberapa perkara, termasuk banjir.

Pemberian tablet percuma ini dijangka akan dilakukan dalam dua fasa, dengan fasa pertama dilaksanakan bermula Jun 2022, dan fasa kedua dalam tempoh 60 hari selepasnya.

Kerajaan juga mengatakan akan memfokuskan kepada peranti berkualiti, dan tidak akan kompromi dari segi kualiti kerana ia bertujuan untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran serta urusan harian.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd