Honor Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Pada 29 Mac

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Malaysia kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan peranti baharu tidak lama lagi. Ia berikutan tersebarnya entri baharu oleh mereka menerusi Facebook rasmi yang memperlihatkan poster acah untuk perkara berkenaan.

Berdasarkan apa yang dikongsi, ia bakal berlangsung pada 29 Mac 2022 bermula jam 8.30 malam. Ia turut sama bakal diadakan secara dalam talian menerusi Facebook dan YouTube rasmi Honor Malaysia. Tapi sayangnya, Honor sekadar mengacah sahaja setakat ini tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai produk yang bakal diumumkan kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut berhubung perkara ini. Kami di Amanz turut sama akan mengemaskini mengenainya untuk perkongsian semua.

Sumber : Honor Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami