CPU AMD Ryzen 7 5800X3D Tidak Boleh Dilewahjam Secara Manual

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu kelebihan siri CPU AMD Ryzen ialah tidak kira model apa yang dibeli, secara lazimnya ia masih hadir dengan kebolehan untuk dilewahjam secara manual. Terkini, pihak AMD sendiri dilihat telah mengesahkan bahawa CPU terbaru mereka, AMD Ryzen 7 5800X3D tidak boleh dilewahjam secara manual.

Perkara ini, menurut Robert Hallock, Pengarah Pemasaran Teknikal AMD, ialah kerana cache 3D-V yang digunakan dalam cip pemprosesan tersebut mempunyai had voltan 1.35V sahaja walaupun secara teknikalnya CPU Ryzen 7 5800X mempunyai had voltan 1.45V.

Sekiranya had voltan tersebut dilepasi, ia akan mengakibatkan kerosakan dan ini menyebabkan AMD untuk menyahaktifkan fungsi melewahjam pada CPU tersebut. Menariknya, ia juga dilihat sebagai sebab mengapa cip pemprosesan ini mempunyai nilai kelajuan lebih rendah berbanding cip AMD Ryzen 7 5800X juga.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, CPU AMD Ryzen 7 5800X3D akan mula dijual secara global pada 20 April ini pada harga $449.

komen


© Amanz / 2022 Kami