Presiden Ukraine Menandatangani Pengesahan Penggunaan Kriptowang Dan Aset Digital Di Negara Tersebut

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak peperangan meletus di tanah Ukraine, selain daripada pelbagai sekatan ekonomi yang dikenakan keatas kerajaan Rusia, Ukraine turut menerima pelbagai bantuan, dan diantara daripadanya ialah bantuan kewangan yang diterima dalam bentuk kriptowang dan juga pelbagai aset digital yang lain.

Terkini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah meluluskan undang-undang yang mengesahkan bahawa kriptowang dan pelbagai aset digital lain sah digunakan di negara tersebut, dan ini selari dengan pemberian aset kripto kepada kerajaan tersebut semenjak peperangan menentang Rusia bermula di negara tersebut.

Bitcoin Syiling

Setakat ini, ia dikatakan bahawa kerajaan Ukraine telah menerima bantuan aset kripto bernilai $100 juta (~RM420 juta) dan undang-undang baru ini dilihat akan memudahkan kerajaan tersebut untuk mengakses dan menggunakan aset kripto ini sebagai satu cara untuk membantu mereka dalam peperangan tersebut.

Menurut undang-undang yang baru diluluskan ini, pasaran aset digital ini akan dikelola oleh badan National Commission on Securities. Platform pertukaran kriptowang akan dibenarkan untuk beroperasi, dan pihak bank di negara tersebut juga akan bekerjasama untuk membuka akaun untuk pertukaran-pertukaran ini.

Kementerian Kewangan Ukraine juga dilihat akan menggubal undang-undang baru, termasuklah taksiran cukai dan sebagainya untuk memastikan bahawa penggunaan kriptowang di negara tersebut dikelola sebaik mungkin.

komen


© Amanz / 2022 Kami