Realme GT Neo3 Dan Buds Air3 Bakal Diumumkan Secara Rasmi Pada 22 Mac 2022

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Realme GT boleh dikatakan tidak asing lagi dengan penawaran yang cukup menarik – baik dari segi kemasan mahupun prestasi. Bercakap lebih lanjut mengenainya, Realme GT Neo3 bakal menjadi model kemaskini baharu buat siri berkenaan dan banyak informasi mengenainya yang telah dikongsi.

Namun begitu, tarikh pelancaran peranti masih tidak diketahui sehinggalah ia kini didedahkan menerusi poster acah baharu. Ia menunjukkan peranti bakal diumumkan secara rasminya pada 22 Mac 2022 di China. Lebih menarik, acara berkenaan nampaknya tidak hanya terhad kepada peranti pintar semata-mata. Sebaliknya, aksesori audio mereka turut bakal dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi pengenalan Realme Buds Air3.

Kedua-duanya hadir dengan kemasan yang sama. Di mana, ia menampilkan kemasan berwarna unggu bersama gabungan dua garisan putih. Menurut Realme, kemasan berkenaan memberi gambaran mengenai prestasi dan kelajuan seperti mana yang dijanjikan oleh mereka pada peranti-peranti berkenaan. Bagi melihat penawaran lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak.

Setakat yang diketahui, Realme GT Neo3 akan mempunyai skrin AMOLED 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Ia juga bakal menggunakan cip MediaTek Dimensity 8100 yang lengkap dengan memori berasaskan LPDDR5 dan storan UFS3.1. Kamera utama adalah 50MP (IMX766) OIS + 8MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 16MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami