Celcom, Digi, Maxis Dan U Mobile Nyatakan Sokongan Terhadap Keputusan Penyedia Rangkaian Tunggal 5G Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile kini menyatakan sokongan dan mengalu-aluka keputusan kerajaan dalam meneruskan Rangkaian Borong Tunggal, serta penawaran pegangan ekuiti pada Digital Nasional Berhad (DNB).

Ke empat-empat syarikat ini turut mengatakan mereka akan berbincangan dengan pihak kementerian, SKMM dan pemain industri berkenaan butiran lanjut untuk pelaksanaan model berkenaan.

Dengan langkah ini juga, kita mungkin akan dapat melihat pelbagai syarikat telekomunikasi mula bersedia untuk penawaran rangkaian 5G bagi para pelanggan tidak laaa lagi.

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi ini menyatakan hasrat untuk membentuk dua penyedia borong untuk infrastruktur 5G. Namun, selepas pelbagai perbincangan, kerajaan memilih untuk mengekalkan DNB, tetapi membuka pegangan ekuiti sehingga 70% kepada syarikat-syarikat telekomunikasi.

komen


© Amanz / 2022 Kami