Siri Redmi K kini menerima penawaran beberapa model baharu lagi, hari ini. Melaluinya, Redmi K50 dan Redmi K50 Pro telah diumumkan secara rasmi dengan ciri serta fungsi yang menarik. Kedua-duanya juga berkongsi reka bentuk fizikal yang sama, tetapi sudah semestinya mempunyai perbezaan dari aspek dalaman.
Redmi K50 Pro dilengkapi skrin OLED 6.67-inci dengan resolusi 2K (3200 X 1400 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Paparan turut sama dilapisi dengan Corning Gorilla Glass Victus sebagai pelindung utama. Seterusnya, peranti juga lengkap dengan cip MediaTek Dimensity 9000, memori 12GB dan storan dalaman 512GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.
Sistem tri-kamera utama terdiri dengan 100MP + 8MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 20MP (Sony IMX596). Lain-lain spesifikasi termasuklah rangkaian 5G terbina, bluetooth 5.3, pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos, menjalankan MIUI 13 dan sebagainya.
Redmi K50 turut sama lengkap dengan skrin OLED sebesar 6.67-inci dengann resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8100, memori 12GB dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Sistem tri kamera di belakang terdiri dengan 48MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 20MP (Sony IMX596). Lain-lain spesifikasi termasuklah rangkaian 5G terbina, bluetooth 5.3, pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos, menjalankan MIUI 13 dan sebagainya.
Untuk harga, Redmi K50 dijual pada RMB2,399 (~RM1,585), sementara itu Redmi K50 Pro pula berharga RMB2,999 (~RM1,982). Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu.