Samsung hari ini mengesahkan yang mana mereka tidak lagi akan menyertakan kepala pengecas pada kotak jualan telefon pintar Samsung Galaxy A.
Dengan ini, siri Galaxy A bermula tahun 2022 ini tidak lagi akan menyertakan kepala pengecas secara terbina dalam kotak – dan memerlukan pengguna menggunakan kepala pengecas sedia ada, atau membelinya secara berasingan.

Samsung mengatakan ini adalah sebagai usaha kelestarian mereka. Dengan membuang kepala pengecas, saiz kotak dapat dikurangkan. Samsung turut mengatakan kotak bungkusan peranti berkenaan sendiri menggunakan bahan kitar semula.
Sebelum ini, Samsung turut telah membuang kepala pengecas pada siri peranti Galaxy S mereka.