Sejak dari dahulu perlawanan NBA ditayangkan di kaca TV dari pandangan sisi. Kamera akan mengikuti aksi ke kiri dan ke kanan mengikut pasukan mana yang menyerang. Tetapi baru-baru ini NAB mula menguji teknologi CourtView yang mengubah perlawanan NBA untuk kelihatan seperti kamera yang digunakan dalam permainan video.
Sebanyak 100 kamera digunakan bagi menghasilkan imej 3D perlawanan yang sedang berlangsung secara masa nyata. Kemudian penyiar meletakkan kamera maya yang mengikut aksi di gelanggang dengan bebas. Sekilas pandang ia mirip sistem kamera bergerak yang digunakan dalam permainan NBA2K yang popular.
Audio pengulas dan penonton dari perlawanan sebenar masih digunakan cuma pemain kelihatan seperti wata permainan video dari era PlayStation 2. Reaksi penonton kebanyakannya negatif kerana tidak diberikan pilihan untuk menonton perlawanan seperti biasa. Tetapi teknologi ini mempunyai potensi sekiranya digunakan untuk menunjukkan babak-babak menarik perlawanan atau sebarang insiden yang berlaku.