Honor Magic4 Ultimate Dilancarkan Dengan Sensor Kamera 1/1.12”

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Malam semalam adalah hari yang cukup sibuk bagi banyak pengeluar dengan kesemuanya ingin melancarkan peranti baharu secara serentak. Honor telah melancarkan pula Magic4 Ultimate yang dilengkapi sistem kamera yang dipertingkatkan lagi berbanding Honor Magic4 Pro yang diumumkan di MWC Barcelona bulan lalu.

Honor Magic4 Ultimate dilengkapi skrin 6.81″ LTPO OLED QHD+ dengan sokongan 120Hz, cip pemproses Snapdragon 8 Gen 1, memori sebesar 12GB RAM, storan sebesar 512GB dan bateri sebesar 4600 mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Kamera utama 50MP dilengkapi dengan sensor bersaiz 1/1.12”, lensa ultra sudut lebar 64MP dengan sensor bersaiz 1/2”, sensor spektrum 50MP, lensa telefoto 64MP, sensor 8×8 dToF dan sensor pengesan cahaya yang berkelip. Pada bahagian hadapan sensor 12MP dipadankan dengan sistem 3D untuk imbasan wajah. Kemampuan zum pula adalah sehingga 100X.

Untuk memproses gambar yang diambil, Honor turut menyertakan cip ISP tersendiri dengan kemampuan memproses 28.8 Tops dan memproses imej 20 bit. Jelas dengan Magic4 Ultimate Honor cuba menghasilkan telefon pintar dengan sistem kamera yang paling berkuasa setakat ini. Di China Honor Magic4 Ultimate akan dijual pada harga RMB 7999 (~RM5285) sebuah dalam warna hitam dan putih yang diperbuat daripada seramik.

komen


© Amanz / 2022 Kami