Cari @ Amanz

Impian Malaysia membangunkan kereta terbang beberapa tahun yang lalu menjadi bahan jenaka selepas ia didedahkan sebagai sekadar penjenamaan semula kereta terbang EHang dan sebuah lagi projek didedahkan sebagai dron kargo bukannya kereta. Minggu lalu Aerotree, sebuah syarikat tempatan telah mengumumkan kerjasama strategik dengan EHang untuk membangunkan kenderaan mobiliti udara untuk kegunaan di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, Aerotree telahpun membeli satu unit EHang EH216 dengan pra-tempahan untuk 60 unit lagi EH 216 seta VT30. Kedua-dua syarikat kemudiannya akan mempromosikan, membangunkan, dan menawarkan operasi kenderaan swaterbang di Malaysia. Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan ialah pengangkutan manusia, bersiar-siar di udara, memadam api dan logistik.

EHang telahpun menawarkan perkhidmatan di atas di Guangzhouo sejak 2020 lagi dan merupakan antara syarikat terawal berjaya menguji kenderaan swaterbang peribadi mereka di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd