Apple iPhone SE 5G Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah membuka pra-tempahan untuk iPhone SE terbaru mereka, yang hadir dengan cip Apple A15 Bionic, selain dilengkapi sokongan rangkaian 5G.

iPhone SE baharu ini juga mengekalkan rekaan sedia ada, termasuk mengekalkan penggunaan pengimbas cap jari, Touch ID.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan iPhone SE baharu ini pada harga bermula RM2099 untuk 64GB, RM2299 untuk model 128GB, dan RM2799 untuk model 256GB. Pengguna dijangka menerima pra-tempahan ini bermula 28 Mac 2022 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami