Cari @ Amanz

Huawei P50 sedia diperkenalkan dengan beberapa model berbeza. Ini termasuklah Huawei P50 dan Huawei P50 Pro. Kedua-duanya hadir dengan janaan cip Snapdragon 888, namun tidak dilengkapi rangkaian 5G terbina.

Huawei P50 Dan P50 Pro

Dalam perkembangan terkini, sebuah lagi peranti di bawah siri yang sama telah diumumkan. Dikenali dengan nama Huawei P50E, ia mempunyai sejumlah besar rekaan dan ciri yang dimiliki oleh adik-beradiknya yang lain. Namun, ia dibekalkan cip pemprosesan berbeza menerusi Snapdragon 778G.

Untuk spesifikasi khusus, Huawei P50E lengkap dengan skrin OLED bersaiz 6.5-inci bersama kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan paparan hadapan sejenis berlubang untuk perletakan kamera swafoto tunggal sebesar 13MP. Kamera belakang pula terdiri dengan 50MP + 13MP + 2MP dengan kebolehan zum optik mencapai 5X.

Bateri pula sebesar 4,100mAh dengan pengecasan pantas 66W. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan HarmonyOS, memori adalah sehingga 8GB RAM, storan dalaman pula mencapai 128GB dan tersedia dalam beberapa warna seperti Obsidian Black, Cocoa Gold, Snow White dan Galaxy Blue.

Di China, Huawei P50E dijual pada harga bermula RMB4,088 (~RM2,702) (8GB/128GB) dan RMB4,488 (~RM2,966)(8GB/256GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya di pasaran luar yang diketahui setakat ini.

Sumber : GsmArena

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd