RedmiBook Pro 15 2022 Dilancarkan Dengan Skrin 90Hz Dan CPU Intel Gen-12

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi juga merupakan salah satu pengeluar yang tidak asing dalam segmen komputer riba. Kebanyakan daripadanya sering menawarkan spesifikasi yang boleh dikategorikan baik, tetapi sayangnya ia tidak ditawarkan ke segenap pasaran luar setakat ini. Sungguhpun begitu, ini bukanlah suatu hal besar yang tidak membenarkan kita untuk mengetahui menganai perkembangan baharu mengenai penawaran terkini mereka.

Baru-baru ini, RedmiBook Pro 15 Pro 2022 telah diumumkan secara rasmi. Ia lengkap dengan binaan skrin bersaiz 15.6-inci IPS beresolusi 3.2K dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dikuasakan dengan piihan cip pemproses Intel Core i5-12450H atau i7-12650H. Ia turut hadir dengan versi gabungan GPU NVIDIA GeForce RTX 2050 atau Intel UHD (terhad pada Intel Core i5-12450H). Untuk memori pula, ia hadir dengan dengan sokongan 16GB LPDDR5 RAM dan 512GB PCIe 4.0.

Spesifikasi lain termasuklah bateri 72Whr dengan pengecasan berkuasa output mencapai 130W, Wi-Fi 6, menjalankan MIUI+, Windows 11 dan bluetooth 5.2. Untuk pilihan I/O, ia dilengkapi 1 X USB-A 3.2 Gen1, 1 X USB-C, 1 X 3.2 Gen2, 1 X Thunderbolts 4, bicu audio 3.5mm, pembaca kad dan menyokong SD. Ketersediaan dan harga untuk RedmiBook Pro 15 2022 adalah bermula RMB5,599 (~RM3,700).

komen


© Amanz / 2022 Kami