Android 13 Dilihat Mengembalikan Ikon Talam Aplikasi

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 13 sudah pun tiba untuk pembangun uji aplikasi mereka. Sistem operasi ini boleh digunakan pada beberapa peranti Pixel dan versi terkini adalah Android 13 DP2.

Dalam versi ini buat pertama kali selepas sekian lama, Google mengembalikan ikon untuk talam aplikasi. Di skrin utama Android 13 DP2 ini, jelas kelihatan adanya ikon ini untuk mengakses senarai aplikasi yang telah dipasang. Talam aplikasi juga dilihat kini menjadi seakan satu tetingkap, berbeza dengan sebelum ini yang terus terbuka pada keseluruhan skrin.

Ikon talam aplikasi ini sudah dibuang sejak Android mula fokus pada penggunaan kawalan gestur. Tidak pasti kenapa Google mengembalikan ikon ini. Ujian ini dilihat diuji pada Pixel 6 Pro dan tidak pasti ikon ini akan kekal atau pun tidak.

Ini hanya berlaku untuk Android asli, kerana ada sahaja pengeluar masih sertakan ikon ini seperti Samsung. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Android Police

komen


© Amanz / 2022 Kami