Twitter iOS Dikemaskini Dengan Pilihan Memuat-Naik Gambar Profil NFT

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum. perkhidmatan langganan Twitter Blue yang hadir untuk para pengguna aplikasi Twitter iOS hadir dengan pelbagai fungsi-fungsi baru, termasuklah kebolehan untuk memuat-naik NFT yang dimiliki pengguna sebagai gambar profil mereka.

Terkini, aplikasi Twitter untuk iOS dilihat hadir dengan kemaskini pilihan tersebut, yang mana sebelum ini pilihan tersebut hanya dapat dilihat oleh mereka yang melanggan perkhidmatan Twitter Blue. Sebelum anda, seorang pemilik NFT bersorak, ia tidak bermakna anda boleh memuat-naik NFT anda buat masa ini.

Walaupun pilihan tersebut diperlihatkan, sambungan akaun Twitter anda kepada platform pemilikan NFT masih lagi memerlukan langganan akaun Twitter Blue, yang pada masa ini masih lagi terhad kepada beberapa pasaran terpilih sahaja.

Twitter NFT Profil

Samada ini bermakna bahawa Twitter sedang bersedia untuk membuka langganan akaun ini secara global, ia tidak diketahui lagi, tetapi kebelakangan ini Twitter dilihat gemar untuk bereksperimentasi dengan pelbagai ciri-ciri baru pada platform mereka, jadi buat masa ini, kita hanya boleh menunggu sahaja sementara mereka mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami