Cari @ Amanz

YouTube Malaysia kini telah mengadakan acara Gold Creator Award, dan turut berkongsi berkenaan perkembangan platform YouTube di Malaysia.

Pada tahun 2021 lepas, ia dilihat terdapat 540 saluran Malaysia yang mempunyai lebih dari 100,000 pelanggan di YouTube. Disamping itu, sekitar 21 penerbit kandungan juga turut mempunyai lebih 1 juta pelanggan.

Ini selari dengan perkembangan platform berkenaan, dan lebih ramai yang menghabiskan masa menonton video melalui platform tersebut. Dari waktu tontonan, YouTube di Malaysia memperlihatkan peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun 2020 lepas.

Dengan perkembangan sihat ini, kita mungkin melihat angka saluran terus meningkat, dengan lebih banyak kandungan menarik dihasilkan pada platform berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd