Cari @ Amanz

Selain daripada peranti pintar dan komputer riba, rangkaian televisyen Redmi turut dikemaskini dengan produk baharu. Melaluinya, Redmi Smart TV Max baharu diumumkan secara rasmi dengan saiz cukup besar mencapai 100-inci dan ia antara yang terbesar setakat ini.

Seperti namanya , ia menampilkan panel LCD LED dengan sistem lampu latar belakang yang malap secara menyeluruh dan sensor cahaya ambien untuk kebolehan kecerahan automatik. Ia kemudiannya dipadankan dengan skrin beresolusi 4K bersama tahap kecerahan mencapai 700nits dan kadar segar semula 120Hz. Paparannya turut sama menyokong beberapa fungsi tambahan seperti pensijilan HDR10+, Dolby Vision, IMAX yang dipertingkatkan dan AMD FreeSync.

Turut melengkapinya adalah cip pemproses empat-teras MediaTek (ARM Cortex A73 CPU) yang dipadankan dengan GPU ARM Mali-G52 MC1, memori 4GB RAM dan 64GB storan dalaman secara terbina. Seterusnya, ia juga menjalankan sistem operasi MIUI TV dan sokongan untuk pembantu maya menerusi Xiao AI. Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem pembesar suara dua unit dengan output 30W dengan sokongan Dolby Audio. Di China, televisyen ini dijual pada harga RMB19,999 (~RM13,210) untuk seunit.

Sumber : Redmi China

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd