Cari @ Amanz

Hujung tahun yang lalu, pihak Qualcomm telah mengumumkan penawaran cip pemprosesan mercu terbaru mereka di pasaran, iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Melalui pelancaran cip ini, kita dapat lihat pelbagai jenama pengeluar peranti pintar berlumba-lumba melancarkan telefon pintar kelas mercu yang dikuasakan olehnya. Namun, boleh dikatakan hampir kesemua peranti mercu ini dipasarkan pada harga yang agak tinggi. Tetapi jika anda inginkan sebuah telefon pintar dengan cip ini pada harga yang sedikit rendah, terdapat satu telefon pintar yang anda boleh pertimbangkan.

Pilih Siri realme GT2 Yang Turut Dijana Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 1

Siri realme GT2 kali ini adalah antara peranti mercu realme yang dijana dengan cip pemprosesan terkini, Snapdragon 8 Gen 1. Apa kebebatan cip Snapdragon 8 Gen 1 ini? Menurut Qualcomm, cip pemprosesan ini mengoptimasikan rekaan Armv9 dan juga teknologi 4nm kepada peranti yang menyokongnya. Sokongan ini seterusnya akan memberikan prestasi 20% lebih laju dan juga prestasi penjimatan bateri juga menjadi 30% lebih efektif.

Menurut realme, cip Snapdragon 8 Gen 1 ini juga dilengkapi dengan ruang pelepasan haba yang paling luas dalam industrinya. Sistem penyejukan ini dikatakan dua kali lebih besar daripada mana-mana sistem penyejukan yang mereka pernah hasilkan sebelum ini, iaitu seluas 36,761 mm2 dan mampu menurunkan suhu teras sehingga 19 darjah Celcius. Selain membantu untuk melambatkan proses pemanasan peranti, satu ciri yang dibawakan daripada realme sendiri, iaitu GT Mode 3.0 turut disertakan untuk memberi prestasi permainan yang terbaik.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini juga menyertakan sistem penyejukan yang dikatakan dua kali lebih besar daripada mana-mana sistem penyejukan yang mereka pernah hasilkan sebelum ini, iaitu seluas 36,761 mm². Dengan keluasan ini, suhu peranti dapat dikurangkan sehingga 19 darjah Celcius. Melalui sokongan-sokongan ini, ia membolehkan mana-mana peranti yang menyokongnya dapat beroperasi dengan lebih optimum, melambatkan proses pemanasan peranti dan juga menjimatkan penggunaan bateri.

Peranti Yang Dilengkapi Tri-Kamera Utama Yang Premium

realme GT2 Pro ini dibina dengan sokongan tri-kamera utama yang menggabungkan lensa 50MP untuk rakaman utama, 50MP bagi rakaman sudut ultra lebar, dan juga menyokong lensa ultra makro sehingga 40x. Buat pengetahuan anda, kamera utamanya ini dilengkapi dengan sensor IMX766 serta turut menyokong OIS dan EIS.

Bagi lensa sudut ultra lebar pula, ia ditawarkan dengan keluasan sehingga 150 darjah yang dikuasakan oleh ISOCELL JN1 dimana anda juga boleh merakamkan gambar menggunakan mod Fish-Eye. Manakala untuk lensa ultra makronya pula membolehkan anda untuk merakamkan hasil gambar makro sekecil yang mungkin dengan zum pembesaran sehingga 40 kali.

Paparan 2K AMOLED Dengan Teknologi LTPO 2.0

realme GT2 Pro dilengkapi dengan rekaan skrin bersaiz 6.7 inci yang mana ia menyokong paparan beresolusi 2K WQHD+. Skrin telefon pintar terbaru mereka ini boleh dikatakan berkualiti tinggi dengan resolusi 525ppi, kecerahan sehingga 1400 nits dan juga menyokong pewarnaan 10-bit. Melaluinya, realme mengatakan skrinnya mampu memaparkan pewarnaan yang hampir sama dengan pewarnaan semula jadi, iaitu dengan ketepatan warna sehingga 0.5 JNCD. Jadi, jika anda merakamkan gambar, atau juga menonton video sekalipun, hasil paparannya dikatakan akan realistik dan menyerupai pewarnaan seperti subjek asalnya.

Bukan sekadar itu, telefon pintar ini juga menyokong paparan LTPO 2.0 yang menyokong kadar segar semula adaptif bermula 1 hingga 120hz. Bergantung kepada kandungan di paparan, anda mampu menjimatkan bateri sehingga 50% dengan teknologi ini.

Jika anda gemar bermain permua, anda boleh mendapatkan kepuasan bermain yang mantap apabila menggunakan realme GT2 Pro dengan tatalan kadar sentuhan sehingga 1000Hz. Gandingkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecasan pantas 65W, semestinya ia akan memuaskan hati para gamer.

Membawakan Rekaan Estetik Yang Diinspirasikan Oleh Kertas

Seperti siri realme GT sebelum ini, realme GT2 Pro kali ini juga menampilkan hasil sentuhan eksklusif daripada salah seorang pereka terkenal di Jepun, iaitu Naoto Fukusawa. Jika siri realme GT yang dahulu telah diinspirasikan oleh beg bagasi, siri GT2 kali ini membawakan rekaan yang diinpirasikan oleh kertas.

Menurut realme, siri realme GT2 ini merupakan telefon pertama yang membawakan rekaan polimer berasaskan bio dalam industri. Materialnya dikatakan dapat mengurangkan pelepasan karbon sehingga 35%. Nisbah bagi setiap 1 juta GT2 Pro yang dihasilkan dengan rekaan Paper Tech Master Design ini adalah bersamaan dengan 3.5 juta lebih sedikit botol plastik yang dihasilkan. Ini menjadikan telefon pintar ini lebih mesra alam.

Harga Pasarannya Lebih Rendah Daripada Mana-Mana Peranti Mercu Dengan Snapdragon 8 Gen 1

Seperti yang disebutkan di atas tadi, kebanyakan telefon pintar yang menerima janaan cip Snapdragon 8 Gen 1 ini sering dipasarkan pada harga yang tinggi, kerana kebolehan cip mercu ini. Namun, jika inginkannya pada harga yang sedikit rendah daripada telefon-telefon pintar lain, siri realme GT ini adalah model yang anda patut pilih.

Ini kerana, walaupun harga pasaran rasminya adalah RM2,999 untuk model realme GT2 Pro bagi variasi 12/256GB, anda boleh dapatkannya pada harga yang lebih murah, iaitu serendah RM2,599 sahaja. Harga promosi ini akan ditawarkan bermula 25 Mac hingga 4 April ini. Untuk pengetahuan anda, dengan RM2,599 ini anda bukan sekadar menerima realme GT2 Pro sahaja, malah anda juga berpeluang menerima realme Buds 2 Neo ini jika membelinya bermula 25 Mac hingga 26 Mac ini. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan realme GT2 Pro dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 pada harga sedikit rendah daripada telefon-telefon pintar yang lain bersama realme Buds 2 Neo secara percuma sekarang sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial Daripada realme Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd