Hisense Hadir Dengan TV Memfokuskan “Gaming” – Skrin 65-inci, 4K, 240Hz

Diterbitkan pada Mac 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hisense kini telah mengumumkan penawaran televisyen terbaru mereka yang menyasarkan para peminat permainan video.

Hisense Gaming TV Ace 2023 hadir dengan skrin 65-inci dengan penawaran paparan pada resolusi 4K, dan turut menawarkan kadar segar semula mecapai 240Hz.

Televisyen ini juga turut hadir dengan sokongan cip Cortex A73 empat-teras, memori 4GB RAM, serta storan 32GB.

Apa pun, untuk menikmati kadar resolusi maksimum dan kadar segar semula tinggi, penggua perlu menyambungkan ia pada PC denga sokongan GPU NVIDIA GeForce RTX 30, atau AMD Radeon RX 6000. Jikalau dihubungkan bersama konsol PlayStation atau Xbox, pengguna akan dapat menikmati paparan 4K pada mod 120Hz sahaja.

Dari segi harga, ia hanya ditawarkan di China sahaja buat masa ini, dimana ia ditawarkan pada harga RMB5499, iaitu sekitar RM3625 mengikut kadar tukaran semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami