Sony Malaysia Membuka Pra-Tempahan “Walkman” Terbaru Pada Harga RM14,999

Diterbitkan pada Mac 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony telah pun memperkenalkan peranti audio mereka dibawah jenama “Walkman” pada bulan Februari lepas, dan kini ia telah pun boleh dipra-tempah oleh pengguna tempatan yang berminat.

Dua model yang ditawarkan adalah Sony Walkman NW-WM1ZM2 dan Sony Walkman NW-WM1AM2.

Kedua-duanya hadir dengan fokus terhadap pengemar audio. Sony Walkman NW-WM1ZM2 mengguakan rekaan dengan rangka yang diperbuat daripada Oxygen-Free Copper (OFC) dengan kejituan 99.99% yang disalut dengan emas. Sementara, Sony Walkman NW-WM1AM2 pula hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aluminum.

Kedua-duanya hadir dengan teknologi amplifier digital S-Master HX, kapasitor FT CAP3, selain waaayar yang membantu dalam penghantaaran isyarat elektrik ke palam audio dengan cekap, disamping kawalan bekalan kuasa secara terbina.

Kedua-dua Walkman ini juga hadir dengan sokongan codec audio DSEE Ultimate dan High-Res Audio yang menjanjikan kualiti audio yang terbaik.

Sony Walkman NW-WM1ZM2 hadir dengan storan sebesar 256GB, dan Sony Walkman NW-WM1AM2 pula dengan storan 128GB.

Kedua-duanya boleh dipra-tempah sehingga 10 April 2022 kelak. Sony Walkman NW-WM1ZM2 dijual pada harga RM14999, dan Sony Walkman NW-WM1AM2 pada harga RM5499.

komen


© Amanz / 2022 Kami