Carian
M1 Ultra Tidak Mampu Menandingi GeForce RTX 3090 Seperti Yang Didakwa Apple
March 19, 2022 Effi Saharudin

Semasa mengumumkan cip M1 Ultra bulan lalu, Apple menunjukkan graf yang mendakwa ia mampu menandingi prestasi GPU diskrit PC yang paling berkuasa. GPU tersebut adalah NVIDIA GeForce 3090 dan ramai peminat PC ingin melihat sejauh manakah kebenaran dakwaan Apple ini. Menurut ujian yang telah dilakukan oleh The Verge, dakwaan Apple adalah jauh panggang dari api.

Menerusi ujian Geekbench 5 Compute, prestasi sebenar RTX 3090 adalah lebih dua kali ganda M1 Ultra 20 teras CPU dan 64 teras GPU. RTX 3090 juga tiga kali ganda lebih berkuasa berbanding cip M1 Max. Berita buruk bagi pemilik Mac Pro (Intel Xeon dan dua AMD Radeon Pro Vega II) ialah, Mac Studio disahkan lebih berkuasa berbanding komputer mereka yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal.

Komen