Internet Explorer 11 Akan Ditamatkan Dalam Tempoh Tiga Bulan Lagi

Diterbitkan pada Mac 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini mengeluarkan peringatan berkenaan Internet Explorer 11, mengatakan ia akan ditamatkan pada 15 Jun 2022 kelak. Dengan ini, terdapat sekitar tiga bulan lagi sebelum perisian pelayar web berkenaan ditamatkan sokongan.

Microsoft mengatkaan masa depan Internet Explorer pada Windows adalah melalui Microsoft Edge. Para pentadbir IT di organisasi diminta untuk menaik-taraf menggunakan Microsoft Edge, dan msaih boleh menggunakan IE Mode melalui Microsoft Edge untuk pelayaran legasi.

Selepas tarikh 15 Jun 2022 kelak, perisian Internet Explorer tidak lagi dapat dimulakan, sebaliknya ia akan menjalankan Microsoft Edge secara automatik apabila dimulakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami