CEO Porsche kini mengatakan mereka pernah bertemu dengan Apple pada penghujung tahun lepas untuk berbincang berkenaan kemungkinan kerjasama semua projek baharu antara kedua-dua pihak.
Ia dikatakan Apple dan Porsche mempunyai “pemikiran yang sama”, tetapi ia terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan berkaitan projek akan datang. Pada hari ini, Porsche sedia menambah sokongan Apple CarPlay, dan kedua-dua pihak dijangka memperluaskan kerjasama dari situ.
Apa pun, pihak Porsche tidak menyatakan apakah projek baharu yang dibincangkan kedua-dua pihak. Sebelum ini terdapat desas-desus yang mana Apple sedang membangunkan kenderaa swapandu mereka sendiri.
Selain itu, Apple juga semestinya sedang melihat untuk terus memperluaskan ciri CarPlay dengan menambah sejumlah ciri baharu melaluinya. Dengan perkembangan teknologi, pelbagai syarikat sedang melihat untuk turut mendominasi arena automotif.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah pengumuman lanjutan daripada kedua-dua pihak pada masa akan datang.