Twitter Kini Memudahkan Perkongsian Klip Audio 30 Saat Daripada Twitter Spaces

Diterbitkan pada Mac 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter sedia membolehkan sesiapa sahaja memulakan bilik sembang audio tersendiri, dinamakan Twitter Spaces. Kini, dalam memudahkan lagi promosi dan memetik sesuatu detik, Twitter hadir dengan ciri baharu, dinamakan “klip”.

Melaluinya, seseorang hos untuk Twitter Spaces boleh melakukan perkongsian klip audio 30 saat untuk dikongsikan, sekaligus membolehkan pengguna lain mendengarnya secara ringkas sebelum memilih untuk mendengar keseluruhan Twitter Spaces berkenaan.

Apa pun, ciri ini hanya untuk Twitter Spaces yang dirakam sahaja. Buat masa ini, ciri ini ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja, dan dijangka dilanjutkan untuk Android dan web tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami