MacBook Air Dengan Rekaan Baharu Dijangka Hadir Hanya Pada Pertengahan Kedua 2022

Diterbitkan pada Mac 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada tahun lepas telah pun memperkenalkan MacBook Pro yang hadir dengan beberapa ciri-ciri baharu, seperti sokongan MagSafe padanya. Ciri berkenaan juga sedia dijangka ditawarkan kepada pengguna melalui model MacBook Air.

Bercakap mengenainnya, perkongsian Bloomberg hari ini menyasarkan Apple mungkin hanya memperkenalkan MacBook Air generasi baharu ke pertengahan kedua 2022 ini.

MacBook Air generasi baharu ini dijangka hadir dengan rekaan baharu, dilengkapi sokongan MagSafe, menggunakan cip Apple M2, dan mungkin turut hadir dengan beberapa pilihan warna baharu. Pengenalan pada pertengahan kedua juga mungkin sedia dijangka ramai, memandangkan jualan penghujung tahun kebiasaannya menjana angka jualan lebih tinggi – selari musim cuti.

Disamping MacBook Air, ia turut dikatakan Apple tidak akan mengemaskini model MacBook Pro bersaiz 14-inci dan 16-inci pada tahun ini, sebaliknya hanya akan mengemaskininya pada tahun 2023 kelak. Sebaliknya, Apple mungkin menawarkan model MacBook Pro dengan skrin 13-inci pada tahun ini, menggunakan cip Apple M2.

komen


© Amanz / 2022 Kami