Kini, Anda Boleh Lakukan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin Covid-19 Di MySejahtera

Diterbitkan pada Mac 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Orang ramai kini boleh melakukan janji temu untuk mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, terus melalui aplikasi MySejahtera.

Dengan langkah ini, orang ramai boleh terus memilih jenis vaksin yang diinginkan, selain lokasi PPV berdekatan. Untuk melakukan tempahan dos penggalak di MySejahtera, anda hanya perlu lakukan perkara berikut:

  • Pergi ke skrin utama aplikasi MySejahtera, dan klik pada “Vaksinasi Covid-19”.
  • Pilih nama penerima vaksin
  • Klik pautan untuk tempahan janji temu
  • Pilih nama vaksin dan lokasi berdekatan
  • MySejahtera akan memaparkan slot janji temu. Anda boleh turut melihat dan memilih slot yang lain
  • Klik sahkan selepas pastikan semua maklumat tepat

Melalui penawaran ini, kerajaan berharap lebih ramai akan mengambil dos penggalak – selari ke fasa peralihan kepada endemik bermula 1 April 2022 kelak.

Disamping itu, ia turut dikatakan 34.4% dewasa mmasih belum terima dos penggalak, iaitu lebih kurang 7.5 juta orang. Ini termasuk 2.1 juta penerima Sinovac yang akan kehilangan status lengkap vaksinasi pada 1 April jika tidak menerima suntikan dos penggalak.

komen


© Amanz / 2022 Kami