Cari @ Amanz

Apple Studio mula diterima oleh pelanggan yang memesannya tahun minggu lalu. Berdasarkan dokumentasi rasmi Apple, saiz storan dan RAM komputer ini tidak boleh ditambahbaik oleh pelanggan selepa pembelian. Tetapi saluran Max Tech memuat naik video menunjukkan mungkin sekurang-kurangnya SSD boleh ditukar.

Terdapat slot tambahan untuk SSD apabila kerangka Mac Studio dibuka. Ini memberikan harapan SSD boleh ditambah atau ditukar untuk storan yang lebih besar. RAM masih lagi tidak boleh dinaik taraf kerana ia terbina terus pada cip M1 Ultra.

Pada waktu ini pemilik Mac Studio tidak disarankan untuk membuka sendiri kerangka kerana memerlukan bahagian tapak getah yang menyorokkan skru dikoyakkan. Sekiranya Apple mengesan kerosakan ini, jaminan yang diberikan pastinya akan terbatal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd