Cari @ Amanz

Di dalam dunia perfileman, hanya segelintir pengarah yang masih tegar melakukan penggambaran menggunakan filem seperti Quentin Tarantino, Wes Anderson dan Steven Spielberg. Bag “auteurs” ini filem menangkap lebih banyak maklumat berbanding kamera digital. Sebilangan kecil lagi seperti Christopher Noland dan Jordan Peele melakukan penggambaran dengan kamera IMAX dengan saiz 70mm yang lebih besar.

Lebih banyak maklumat imej boleh ditangkap bagi menghasilkan filem yang lebih sinematik tetapi kamera IMAX mempunyai kekurangan kerana ianya bising. Akibatnya penggambaran babak yang senyap tidak boleh dilakukan. IMAX mengumumkan kerjasama dengan Christoper Nolan dan Jordan Peele untuk menghasilkan kamera baharu yang memenuhi keperluan pembikin filem moden.

Selain dua pengarah ternama ini, kerjasama turut dilakukan dengan pengarah fotografi Hoyte van Hoytema (Tenet), Linus Sandgren (No Time to Die), Rachel Morrison (Black Panther), Bradford Young (Arrival), dan Dan Mindel (Star Trek). Spesifikasi kamera baharu ini belum lagi diumumkan.

Kekurangan kamera IMAX lain yang perlu diselesaikan ialah had rakaman selama lima minit sahaja dan kamera besar serta berat. Penggunaan kamera digital lebih popular sekarang kerana tiada had gelung filem fizikal yang perlu ditukar dengan kerap dan saiz lebih kompak. Steven Soderbergh telah menghasilkan filem High Flying Bird dan Unsane menggunakan iPhone. Sangat berbeza dengan filem blokbuster trilogi Ocean’s Eleven beliau yang menggunakan kamera filem.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd