Cari @ Amanz

Sony mengumumkan mereka telah menyertai Gabungan Untuk Kandungan Asal dan Ketulenen (C2PA) yang memudahkan pengesanan imej palsu di atas talian bagi menentang penyebaran maklumat yang tidak tepat. Dengan penyertaan gergasi kelengkapan fotografi dunia ini, C2PA kini semakin kukuh selepas turut disokong oleh Adobe, Microsoft, BBC, ARM, Intel, TruPic dan Twitter.

Piawaian pertama C2PA telah diumumkan pada Januari lalu sebagai yang pertama diseragamkan oleh penglibat industri. Sebarang perubahan pada kandungan digital asal akan dapat dikesan menggunakan C2PA di masa hadapan. Dengan perisian digital yang boleh menukar wajah dan suara dalam video semakin berkuasa, keaslian kandungan digital di atas talian adalah perlu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd