Cari @ Amanz

Samsung Malaysia telah membuka pratempahan untuk Samsung Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G hari ini. Pratempahan untuk Samsung Galaxy A53 5G akan dibuka da 21-25 Mac 2022. Sementara itu pratempahan untuk Samsung Galaxy A73 5G dan Galaxy A33 5G buka dibuka dari 21 Mac – 13 April 2022.

Sepanjang tempoh pratempahan Samsung Malaysia memberikan penawaran menarik dalam bentuk Galaxy Fit2 bernilai RM179 secara percuma untuk pelanggan Galaxy A33 5G. Pelanggan A73G 5G dan Galaxy A53 5G pula akana menerima sebuah Galaxy Buds Live bernilai RM549 secara percuma.

Di Malaysia Samsung Galaxy A33 5G dijual pada harga RM1499, Samsung Galaxy A53 5G pada harga RM1849 dan Samsung Galaxy A735G pada harga RM2099.

Khas buat pembaca Amanz, apabila anda meletakkan kod promosi [ AMZVIP ] anda turut akan menerima pengecas pantas PD 15W dari Samsung. Promosi ini terhad selagi stok masih ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd