Carian
Kajian Cambridge Mendapati Covid Berpanjangan Mendatangkan Kesan Kognitif Yang Lebih Serius
March 21, 2022 Effi Saharudin

Covid berpanjangan (Long Covid) ialah terma yang digunakan untuk kesan jangka panjang pesakit selepas 12 minggu dikesan menghidap penyakit ini. Antara kesan yang dikenalpasti setakat ini ialah batuk-batuk, kapasiti paru-paru yang terjejas dan masalah memori. Kajian terkini yang diterbitkan oleh Universiti Cambridge mendapati kesan Covid berpanjangan terhadap kemampuan kognitif mungkin lebih serius dari sangkaan awal.

Kajian melibatkan 200 bekas pesakit yang dijangkiti Covid pada tahun 2020 dan 2021 di bawah projek jangka panjang COVID and Cognition Study (COVCOG). Sebanyak 78% kohort melaporkan kesukaran memberikan tumpuan, 69% pula melaporkan kekaburan otak, 68% melaporkan masalah lupa dan 40% pula melaporkan masalah ketidaklancaran semantik yang menyebabkan sebutan dan menaip perkataan yang salah.

Kohort turut mendapati diri sukar untuk melakukan kehidupan seharian, suka menumpukan perhatian di tempat kerja dan 1/3 kehilangan kerja akibat Covid berpanjangan. Oleh itu saintis mengesyorkan Covid berpanjangan tidak harus dipandang enteng kerana ia bukan sekadar batuk-batuk dan kepenatan biasa. Masyarakat sekarang termasuk di Malaysia mula merasakan menghidapi Covid tahap rendah tidak akan mendatangkan kesan jangka panjang.

Komen