Haba Yang Dijana Mesin Pelayan Microsoft Akan Digunakan Untuk Memanaskan Rumah Di Finland

Diterbitkan pada Mac 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft dilihat akan membangunkan sebuah pusat data baru di Finland tidak lama lagi yang akan memberi pekerjaan kepada 11,000 orang di negara tersebut. Ia juga dilihat akan membolehkan rakyat di negara tersebut untuk memanfaatkan pelbagai perkhidmatan digital Microsoft dengan masa pendam yang lebih rendah, seperti Xbox Game Pass dan Xbox Cloud Gaming.

Pusat data Microsoft ini juga dilaporkan akan bekerjasama dengan sebuah syarikat tenaga di Finland, iaitu Fortum untuk menggunakan haba yang dijanakan oleh pusat data Microsoft ini untuk memanaskan rumah-rumah di sekitar selatan Finland apabila ia beroperasi kelak.

Fortum berkata bahawa mereka dilihat mencari pengelola pusat data selama empat tahun sebelum menandatangani kerjasama dengan Microsoft, kerana selain daripada keperluan haba, pusat-pusat data dengan Fortum juga dilihat perlu mempunyai kebolehan untuk mengimplimentasi solusi iklim pada kadar yang segera sekiranya diperlukan.

Microsoft turut mengatakan bahawa kerjasama dengan Fortum ini dilihat sebagai projek pemulihan haba terbuang yang terbesar mereka akan lakukan, khususnya apabila haba yang dihasilkan tersebut akan dapat memanfaatkan beberapa ribu rumah di selatan Finland apabila ia diperlukan.

komen


© Amanz / 2022 Kami