Kemaskini macOS Monteray 12.3 Menyebabkan Sesetengah Komputer Pengguna Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada Mac 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemaskini sistem operasi sepatutnya membawakan ciri baharu serta tampalan sekuriti yang membaiki sebarang kerentanan yang wujud. Sekiranya anda seorang pengguna komputer mac, anda mungkin perlu berhati-hati sebelum melakukan kemas kini ke macOS Monterey 12.3.

Sebilangan kecil pemilik mac melaporkan komputer mereka gagal beroperasi selepas dikemaskini ke versi terkini macOS ini. Dalam kes lebih serius, isu hanya dapat diselesaikan selepas papan logik komputer digantikan. Model mac yang terjejas melibatkan yang menggunakan cip M1 dan juga Intel. Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini ketika artikel ditulis.

macOS Monterey 12.3 membawakan ciri baharu Universal Control yang membolehkan perkongsian rentas sistem serta peranti termasuklah iPad. Ciri menarik lain ialah sokongan Adapative Trigger pada pengawal permainan DualSense PS5

komen


© Amanz / 2022 Kami