Trend Micro baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah laporan yang mengatakan bahawa botnet dari Rusia yang dinamakan Cyclops Blink telah mula menyerang penghala-penghala WiFi yang dibangunkan oleh ASUS.
Trend Micro melaporkan bahawa botnet ini, yang sebelum ini dilakukan dalam pelbagai serangan digital lain, termasuklah untuk melumpuhkan bekalan kuasa Ukraine pada tahun 2015, serangan keatas acara sukan Olympic 2018 di Korea Selatan dan sebagainya.
Terkini, botnet Cyclops Blink nampaknya telah diaktifkan kembali untuk menyerang perkakasan penghala WiFi buatan ASUS. Perkara ini dilihat berlaku sebagai persediaan untuk mendapatkan seberapa banyak titik-titik serangan yang mungkin untuk memulakan serangan yang lebih besar, mungkin keatas pertubuhan ataupun kerajaan yang dilihat menentang kekerasan yang dilakukan oleh kerajaan Rusia keatas Ukraine.
Pihak ASUS sedar akan serangan yang sedang dilakukan keatas penghala-penghala WiFi mereka, dan telah mengeluarkan kemaskini yang melindungi penghala-penghala mereka daripada serangan Cyclops Blink tersebut.
Anda dinasihati untuk mengemaskini penghala WiFi ASUS anda sekiranya anda memilikinya, dan bagi yang menggunakan penghala-penghala jenama lain, anda juga dinasihati untuk memastikan anda menggunakan perisian yang paling baru untuk mengurangkan risiko diserang oleh kumpulan penggodam ini.