Carian
Pengguna Setel Kini Boleh Tambah-Nilai Menggunakan GrabPay
March 21, 2022 Aman

Setel kini mengumumkan kerjasama dengan pihak Grab Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna Setel untuk melakukan tambah-nilai ke dompet digital mereka, menggunakan GrabPay.

Dengan langkah ini, pengguna Setel boleh mendapatkan ganjaran ketika membuat pengisian petrol melalui Setel, dan pada masa yang sama GrabRewards untuk setiap penambahan-nilai di Setel.

Selari pengenalan ini, sehigga 2 April 2022 kelak, pengguna baharu Setel dan GrabPay boleh meraih ganjaran kredit Setel sebanyak RM9 secara percuma untuk tiga transaksi tambha-nilai pertama berjumlah RM30 melalui GrabPay. Untuk pengguna GrabPay baharu pula, anda akan dihadiahkan diskaun 20% dengan had nilai RM12 untuk transaksi pertama.

Sebelum ini, Setel turut telah memperkenalkan sokongan untuk tambah-nilai secara tunai untuk platform dompet digital mereka.

Komen