Cari @ Amanz

Untuk dua tahun sejak NVIDIA melancarkan siri kad grafik Ampere mereka, agak sukar untuk para pengguna global, termasuklah di Malaysia untuk mendapatkan kad grafik pada harga yang munasabah.

Setelah sekian lama menunggu, nampaknya ZOTAC, salah satu pembuat kad grafik yang cukup dikenali dilihat telah mengemaskini tanda harga komponen-komponen mereka untuk pasaran tempatan. Mereka dilihat menawarkan sejumlah besar model kad grafik dari NVIDIA GeForce RTX 3060 ke NVIDIA GeForce RTX 3090 pada harga yang boleh dikatakan lebih munasabah berbanding sebelum ini.

Misalnya kad grafik ZOTAC GAMING GeForce RTX 3070 Twin Edge OC LHR ditawarkan pada tanda harga RM2999, manakala ZOTAC GAMING GeForce RTX 3080 Trinity OC LHR dijual pada harga RM4069. Sayangnya pada buat masa ini, ia dilihat bahawa kad-kad grafik yang ditawarkan ini hanya boleh dimasukkan kedalam senarai hajat terlebih dahulu.

Kami jangkakan bahawa mereka yang mempunyai komponen-komponen ini didalam senarai mereka akan diberitahu apabila ianya tiba di pasaran tempatan kelak.

Kad-kad grafik NVIDIA keluaran ZOTAC ini semuanya dilihat dibawa masuk oleh Sun Cycle yang mempunyai pelbagai pengedar di seluruh Malaysia yang disenaraikan di laman web mereka.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kad-kad grafik yang ditawarkan ini, anda boleh ke laman web ini untuk melihat lebih banyak lagi pilihan kad grafik yang akan memenuhi keperluan dan kemahuan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd