Dengan Pemalam Chrome Ini Gambar Profil Palsu Dikesan Dengan Pantas

Diterbitkan pada Mac 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di media sosial terdapat banyak pembohong dan lebih banyak lagi skim penipuan. Peraturan pertama di Internet ialah insan yang dikenali di atas talian tidak semestinya adalah insan yang disangka. Penipuan menggunakan gambar orang lain sudah wujud sejak tahun-tahun awal internet lagi. Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan?

Petanda paling mudah ialah menggunakan gambar profil orang lain sebagai pengganti diri. Tetapi penipu kini licik dan menggunakan gambar profil yang dijana menggunakan kecerdasan buatan. Untuk menentang penipu yang lebih bijak ini pemalam Fake Profile Detector telah dibangunkan oleh V7 Lab untuk Google Chrome.

Menurut pembangun pengesan profil palsu yang dijana menggunakan DeepFake dam GAN mereka mempunyai ketepatan sehingga 99.29%. Ia melihat beberapa petanda imej adalah palsu seperti cahaya dan pantulan mata. Kini tiada lagi alasan anda mudah tertipu dengan lelaki atau wanita di media sosial. Pemalam boleh dimuat turun percuma menerusi pautan di bawah. Dengan

komen


© Amanz / 2022 Kami