Dibawah Oppo, OnePlus Dijangka Memperkenalkan Hampir Satu Peranti Setiap Bulan Sepanjang 2022

Diterbitkan pada Mac 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus kini beroperasi dibawah Oppo, dan nampaknya jenama berkenaan turut mengambil kaedah operasi Oppo – iaitu memperkenalkan lebih banyak peranti dibawah jenama mereka.

Untuk makluman, pada awalnya, OnePlus memfokuskan hanya satu peranti setahun. Namun, kemudian mereka meningkatkan kepada dua peranti, selain turut telah menambah keluarga Nord dibawah mereka dalam mempelbagaikan lagi penawaran.

Mengikut info tertiris baharu, OnePlus dijangka hadir dengan hampir satu peranti baharu setiap bulan sepanjang tahun 2022 ini. Berikut merupakan latar masa tertiris yang hadir ke arena web hari ini:

  • Mac 2022 – OnePlus 10 Pro
  • April 2022 – OnePlus Nord CE 2 Lite
  • April 2022 – OnePlus Nord 2T
  • Mei 2022 – OnePlus 10R
  • Julai 2022 – OnPlus Nord 3
  • Suku Ketiga 2022 – OnePlus 10 Ultra

Dengan perkembangan ini, kita mungkin akan melihat OnePlus menyasarkan pelbagai sasaran pelanggan, dan memperbanyakkan lagi aliran peranti mereka di pasaran.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan langkah OnePlus dibawah Oppo ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami