Cari @ Amanz

Apple Membuang Ciri Sewa Atau Beli Apple TV Pada Android TV

Link Copied!

Aplikasi Apple TV boleh dikatakan masih baru untuk platform Android TV. Dengan aplikasi ini pengguna boleh menikmati kandungan Apple TV+ serta kandungan seperti filem dan siri yang perlu disewa atau beli daripada iTunes atau Apple TV.

Terkini, Apple dilihat telah mengemaskini aplikasi mereka untuk Android TV ini dengan membuang kemampuan membeli atau sewa kandungan. Malah butang sewa atau beli juga dibuang dan digantikan dengan butang How to Watch, yang akan mengarahkan pengguna melakukan belian, sewaan atau langganan melalui aplikasi Apple TV pada iPhone atau iPad.

Tiada sebab jelas kenapa ciri ini dibuang, tetapi besar kemungkinan Apple ingin mengelak membayar Google 30% yang dikenakan untuk setiap pembayaran daripada pengguna. Nasib baik, semua kandungan yang telah pengguna sewa atau beli kekal dan masih boleh diakses.

Sumber: FlatPanelsHD

Komen ()